JellyPages.com

= Dirempuh lori ais



hye kawan.. tadi dok membelek2 blog CIK LYSSA FAIZUREEN tetiba terbaca i entri dia pasal SYAZA AZEMI yang telah meninggal dunia semalam.. sedih baca kisah nya di metro semalam.. ya allah macam mana kan bila kita kehilangan org tersayang.. salam takziah pada keluarga mangsa..

sedutan di metro

BAYAN LEPAS: Seorang remaja perempuan yang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menemui rakannya di Bayan Lepas maut akibat tersepit selepas dirempuh sebuah lori ais di Jalan Bayan Lepas/Bukit Belah, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi, mangsa, Nur Syazana Azemi, 17, dalam perjalanan ke rumahnya di Taman Desa Mutiara, Balik Pulau.

Jurucakap polis berkata, kemalangan membabitkan tiga kenderaan iaitu motosikal mangsa, sebuah motosikal lain dan lori ais.
Menurutnya, kemalangan dipercayai berlaku ketika sebuah Perodua Viva dipandu seorang lelaki berusia 28 tahun cuba memotong sebuah kereta lain sebelum hilang kawalan dan melintang di tengah jalan.

Katanya, dua motosikal dari arah sama gagal mengelak lalu merempuh pintu kiri kereta itu sebelum sebuah lori ais dari arah sama merempuh kedua-dua penunggang motosikal menyebabkan seorang terpelanting ke tepi jalan manakala Nur Syazana tersepit antara kereta dan lori.

“Motosikal mangsa mengalami kerosakan teruk dan terperosok di bawah lori dan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah manakala penunggang sebuah lagi motosikal parah dan dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HBP) untuk rawatan lanjut manakala pemandu lori dan kereta tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Mohd Hatta Mohd Zin ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Balik Pulau (HBP) untuk bedah siasat.

Beliau berkata, hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat kecederaan teruk dan mayat mangsa sudah dituntut keluarganya dan dibawa pulang ke rumahnya untuk urusan pengebumian.
Katanya, polis sudah mengambil keterangan daripada semua yang terbabit kecuali penunggang motosikal yang parah dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu dalam keadaan merbahaya sehingga menyebabkan kematian..

P/S: berhati2 lah di jalan raya ingat la org yang tersayang.. ambil la kisah nie sebagai 1 pengajaran.. alfatihah pada arwah SYAZA AZEMI..

3 ulasan:

  1. al-fatihah buat syaza azemi..kesian dia

    BalasPadam
  2. salam..plzz padam pic arwah tu ek saya abng dia..tanx all...hope pic tu padam cz sy dah suruh semua blog padam pic xcdnt ni..sama2 kita sedekhkan Alfatihah pada dia setiap hari dn doakan dia d tempatkn d klngn orng2 beriman

    BalasPadam

hye...sila tinggal kan comment anda di sini ya..

 
copyright@segala yang tertulis di sini adalah hak milik Blog Leeya